Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Uwais Al-Hibri

Dua puluh tujuh tahun bukanlah waktu yang singkat. Dalam dua puluh tujuh tahun pelbagai perkara boleh berlaku. Kelahiran. Kematian. Bencana. Perubahan. Berbagai-bagai rencah pahit dan manis. Dan tiada siapa mampu mengumpulkan kisah di sebalik dua puluh tujuh tahun yang sungguh panjang ini.  Dia sudah turun dari untanya. Merenung lama pada kota yang sudah hampir tiga dekad dia tinggalkan. Nampaknya kota ini sudah semakin maju. Ternampak jelas sebuah kubah masjid yang sangat besar di tengah-tengah kota tersebut. Sebelum ini, masjid itu hanya kecil dan sederhana.  Tali unta ditarik. Memimpin bersama memasuki kota. Seluruh jiwanya diserbu rindu sebaik kakinya menapak tanah airnya ini. Beberapa penduduk ada yang menegurnya namun dia tahu, tiada siapa mengenalinya. Wajahnya sudah semakin tua. Tidak lagi gagah perkasa seperti dulu. Maka dia hanya mampu lemparkan senyuman pada penduduk yang rata-rata berwajah baru itu.  Dia masih ingat kedudukan kota ini, setiap jalannya dan setiap rumahnya. C

Sejadah Aisyah Humairah

Solat isyak baru sahaja selesai didirikan. Jemaah beransur pulang selepas menunaikan solat witir secara infradi. Dalam beberapa minit masjid mulai kosong dari sesiapa. Lampu di beberapa kawasan dipadamkan oleh ahli jawatankuasa. Hanya tinggal lagi sedikit ruang masih bercahaya. Dan di dalam suram cahaya itu bersimpuhnya sesusuk tubuh berbaju melayu ringkas, bersama kain sarung berwarna sepadan - sedang bertafakur. Tiada apa pun yang dia lakukan, hanya merenung tempat sujudnya sendiri. Akhirnya dia menghela nafas. Masjid sudah pun sunyi. Tadi Tok siak sudah pun mengingatkannya untuk menutup semua lampu dan juga mengunci pintu. Sememangnya masjid besar sebegini akan ditutup malam-malam. Dia sudah biasa menjadi orang terakhir, kerana dia suka berada di sini lama-lama. Dia langsung bangkit berdiri. Membetulkan sedikit kopiah putihnya sebelum melangkah ke ruangan yang masih bercahaya, hendak ditutup lampunya. Apabila mendapati ruangan yang masih bercahaya itu ialah ruangan muslimat, maka

إرم ذات العماد (Retold)

  Kota Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. Cerita ini ialah olahan dari kisah benar. PADANG pasir luas menekuk setiap pandangan. Udara dari utara menghembus debu tinggi. Membuatkan sesekali pandangan jadi kabur dan tidak jelas. Cuaca sangat panas namun itu tidak menghalangnya dari terus mengorak langkah kudanya di pepasir halus ini. Dia sudah begitu lama berada di sini. Mengayuh kuda yang tampak mula keletihan dek teriknya mentari. Matanya memicing ke serata kawasan namun tetap tidak kelihatan apa-apa melainkan fatamorgana. Padang pasir di penghujung benua Afrika ini sangat luas seolah tidak bersempadan. Namun dia tetap tidak berjumpa dengan apa yang dicari. Dia cuma mahu mencari kotak 'majikan'nya yang tercicir di sini. Kata 'majikan'nya, kotak itu sangat berharga dan sangat merbahaya jika jatuh di tangan yang salah. Sebagai pembantu yang setia, mendengar sahaja perkataan bahaya keluar dari mulut 'majikan'nya itu buat dia terus menunggang kuda