Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

Kisah Sofea

  Sofea ingat lagi, waktu itu dia sedang sibuk mengusahakan spa miliknya di Sungai Buloh. Dia masih bujang dan masih seorang gadis yang hanya tahu hidup bebas. Namun, dia bukanlah gadis liar. Dia cuma hidup seperti gadis biasa yang bekerjaya. Suka membeli-belah. Suka ke salon. Selalu menjaga kecantikan wajah. Tak hairanlah dia nampak sentiasa cantik dan elegan.  Namun, tiba-tiba papa menyuruhnya berkahwin dengan seorang lelaki entah dari mana. Papa kata lelaki itu anak kawan papa. Bagi Sofea, bila dia dengar sahaja suruhan itu dia ketawa. Sebab apa yang berlaku ini sudah seperti drama pukul tujuh. Kahwin paksa? Yes.  Tapi dia tak terus bantah bila papa suruh jumpa dahulu lelaki itu. Baginya, papa tak mungkin nak kahwinkan dia dengan lelaki entah dari ceruk mana. Pastinya lelaki itu pun bukan sebarangan lelaki.  Kali pertama jumpa lelaki bernama Harun itu, perkara paling awal masuk dalam kepala Sofea ialah Harun seorang yang tampan dan segak! Buat dia bersinar-sinar mata melihat lelaki

Kisah Harun

  Tak semua perkahwinan itu bahagia. Bila pasangan kedua-duanya sibuk dengan kerja tanpa ada sesiapa cuba bertolak ansur untuk memberi ruang waktu bersembang - akhirnya pernikahan itu hanya tinggal menetap dalam sebuah rumah dan hanya berkongsi bumbung yang sama. Bersua muka jarang sekali. Saling berbalas senyuman pun hanya setahun sekali. Hendak bersembang? Jangan diharap. Itulah hubungan antara dia dan Sofea sejak hotelnya makin membangun dan spa Sofea makin dikenali ramai. Dua-dua sibuk. Dua-dua tak ada masa untuk duduk rumah. Rumah besar dan mewah itu hanya tinggal perhiasan. Langsung tidak dihargai mereka berdua. Apatah lagi Sofea yang ada rumah sendiri berdekatan spanya. Memang tidak mungkin wanita itu akan balik pada hari biasa. Selalunya Harun akan sendirian sahaja di malam hari di rumah ini. Harun dah biasa. Makan sendirian. Tidur  sendirian. Tonton tv sendirian. Semua itu jadi rutin untuknya. Sofea hanya balik rumah ini pada hujung minggu. Itupun belum tentu. Selalunya

Kisah Wawa

  Wawa ialah seorang gadis 27 tahun yang bekerja di sebuah hotel ternama. Hidupnya ringkas. Bangun tidur, solat subuh, sarapan, pergi kerja, balik kerja dan tidur balik. Kadang-kadang pergi shopping. Kadang-kadang melepak dengan rakan sekerja. Kadang-kadang tak datang kerja sebab mc. Kadang-kadang tak datang kerja sebab balik kampung. Hidup Wawa macam kebanyakan gadis biasa. Simple. Tak ada yang seksa sangat macam dalam novel. Tapi special tentang Wawa ialah dia sangat rapat dengan pemilik hotel. Tuan Harun namanya. Lelaki yang masih muda dan tampan lagi. Sangat baik dan banyak bantu Wawa. Tapi tiada apa nak dirisaukan, Tuan Harun dah kahwin. Isterinya sangat cantik. Wawa suka sangat dengan pasangan itu. Sama-sama hensem dan cantik. Kalau dapat anak, konfem comel kebabom. Wawa jadi rapat dengan Tuan Harun pun sebab dia suka tegur Tuan Harun bila Tuan Harun lalu dekat lobi. Kadang-kadang dia kena panggil kemas penthouse Tuan Harun ataupun dia tolong kemas pejabat Tuan Harun. Jadi se