Skip to main content

Kisah Wawa

 







Wawa ialah seorang gadis 27 tahun yang bekerja di sebuah hotel ternama. Hidupnya ringkas. Bangun tidur, solat subuh, sarapan, pergi kerja, balik kerja dan tidur balik. Kadang-kadang pergi shopping. Kadang-kadang melepak dengan rakan sekerja. Kadang-kadang tak datang kerja sebab mc. Kadang-kadang tak datang kerja sebab balik kampung.

Hidup Wawa macam kebanyakan gadis biasa. Simple. Tak ada yang seksa sangat macam dalam novel.

Tapi special tentang Wawa ialah dia sangat rapat dengan pemilik hotel. Tuan Harun namanya. Lelaki yang masih muda dan tampan lagi. Sangat baik dan banyak bantu Wawa. Tapi tiada apa nak dirisaukan, Tuan Harun dah kahwin. Isterinya sangat cantik. Wawa suka sangat dengan pasangan itu. Sama-sama hensem dan cantik. Kalau dapat anak, konfem comel kebabom.

Wawa jadi rapat dengan Tuan Harun pun sebab dia suka tegur Tuan Harun bila Tuan Harun lalu dekat lobi. Kadang-kadang dia kena panggil kemas penthouse Tuan Harun ataupun dia tolong kemas pejabat Tuan Harun. Jadi selalu jugak jumpa Tuan Harun. Mula-mula segan jugak, tapi bila dapat tahu yang Tuan Harun ni rupanya peramah dan baik hati, Wawa pun jadi selesa. Tuan Harun pun tiba-tiba je selesa dengan Wawa. Seronok agaknya bersembang dengan Wawa yang mulut kepoh sikit.

Tapi hidup Wawa tetap je simple. Tak ada apa yang syok untuk diceritakan. Apa dia tahu, dia seronok kerja di hotel. Apatah lagi, Tuan Harun banyak tolong dia. Tiba-tiba je dia jadi pekerja kesayangan Tuan Harun.

Sehinggalah satu ketika, entah kenapa Tuan Harun pelawa dia supaya kerja sebagai pembantu rumah. Mula-mula terkejut jugak. Yalah, tak ada ribut tak ada angin tiba-tiba je Tuan Harun ajak dia jadi pembantu rumah. Rupanya sebab orang gaji Tuan Harun cuti nak jaga cucu dekat kampung. Jadi tak ada siapa nak ganti sekarang.

Wawa awalnya menolak jugak. Tapi, lepas dengar gaji yang Tuan Harun pelawa agak tinggi, sayang pula Wawa nak tolak. Lagipun dia memang tengah cari kerja part time sekarang, bukan sebab dia tak cukup duit tapi sebab dia kesian dengan mak ayah dekat kampung. Nak jugak bagi duit lebih. Jadi dia terima pelawaan Tuan Harun tanpa curiga.

Dan pelawaan tu tak cukup dekat situ je, Tuan Harun siap pelawa tempat tinggal dekat Wawa. Kata Tuan Harun, ada bilik khas untuk Wawa dekat rumah tu. Wawa mula naik hairan bila Tuan Harun kata macam tu. Untuk awal-awal ni, dia tolak dulu. Seganlah nak tinggal dekat rumah Tuan Harun. Dia cuma terima kerja tu je.

Jadi, mula minggu lepas dia start kerja di rumah Tuan Harun. Pukul 4 petang sehingga maghrib dia akan duduk rumah Tuan Harun, kemas apa yang patut dan masak makan malam untuk Tuan Harun dan isteri Tuan Harun, Puan Sofea. Puan Sofea pun kerja jugak, ada spa dekat bandar. Malam-malam baru balik. Sama sibuk macam Tuan Harun.

Selalunya Tuan Harun balik dulu sebelum isteri dia. Jadi tak pasal-pasal Wawa yang sambut Tuan Harun balik kerja. Tanpa sengaja. Dialah yang buatkan kopi untuk Tuan Harun bila Tuan Harun merungut penat. Dialah yang dengar cerita dari Tuan Harun tentang masalah hotel dan dia jugaklah yang bagi syor entah apa-apa pada Tuan Harun. Bila maghrib, barulah dia balik ke rumah sewanya.

Macam tulah selalu dia buat sejak kerja di rumah Tuan Harun. Lepas siap kerjanya di hotel, dia pun pergi rumah Tuan Harun dan jadi orang gaji dekat sana. Tuan Harun pulak masih dekat pejabat waktu tu. Dalam pukul enam barulah lelaki tu balik. Wawa pun buatkan air dan diorang makan petang sama-sama. Seronok pula bersembang dekat meja makan bila makan petang bersama macam tu. Tak sedar yang sebenarnya mereka berdua sahaja di rumah itu.

Seminggu dah berlalu. Sekarang Wawa still dengan rutin macam tu. Lepas kerja di hotel, dia pun drive pergi rumah Tuan Harun. Sampai rumah Tuan Harun, dia pun bukak pintu rumah dengan kunci yang ada dengan dia. Rumah sunyi sepi. Tak ada orang.

Ada satu perkara ajaib yang Wawa nak kongsi dekat sini, selama Wawa kerja dekat sini, Wawa tak pernah lagi jumpa Puan Sofea. Memang dia pernah jumpa Puan Sofea waktu ada majlis dekat hotel. Tapi mula dia kerja ni, tak pernah pun dia terserempak dengan Puan Sofea. Tak tahu kenapa, fikirkan itu Wawa jadi tak sedap hati. Yalah, dia selalu makan petang dengan Tuan Harun tapi isteri Tuan Harun tengah sibuk kerja.

Ada something tak kena dekat situ.

Waktu Wawa tengah mengemas rumah, dia dapat dengar bunyi enjin kereta. Nampaknya Tuan Harun dah balik. Wawa segera berlari ke dapur. Tak tahu kenapa, rasa tak sedap hati makin kuat. Dia mula rasa tak kena dengan apa dia buat dalam seminggu ni.

Betul ke dia buat ni?

Dia sambut suami orang balik kerja?

Dia buatkan kopi untuk suami orang?

Tapi..

..bukankah dia pekerja Tuan Harun?

Dia memang dibayar untuk siapkan makan petang Tuan Harun pun kan? Itu dikira salah ke?

Wawa garu kepala seorang diri di dapur.

"Wawa,"

Di luar kedengaran Tuan Harun memanggil. Sebelum terdengar orang tutup pintu.

Wawa jenguk kepala dari dapur. Terus tersengih pada majikannya itu.

"Tuan dah balik? Tuan nak air?" Soalnya seraya berdiri di muka pintu dapur.

Tuan Harun tersenyum. "Boleh jugak." dia letak beg di atas sofa, lalu membuka kancing lengan kemejanya. Mukanya jelas penat.

"Okay!" Wawa pun buat air. Tak perlu tanya dah Tuan Harun nak air apa. Dia dah tahu!

Lepas siap bancuh kopi, Wawa pusing. Terkejut dia bila nampak Tuan Harun tengah bersandar di pintu dapur sambil tenung dia.

"Eh tuan, terkejut Wawa." Wawa tergelak kecil. Dia kemudian menghampiri Tuan Harun dan hulurkan kopi untuk Tuan Harun.

Tuan Harun tak sambut kopi itu. Hanya tenung kopi itu sebelum matanya naik merenung Wawa.

"Tuan?" Wawa dah rasa pelik.

"Macamana Wawa tahu saya nak kopi?"

Wawa terkejut bila dengar soalan tu. Dia kemudian tergelak. "Mestilah tahu, bila tuan penat selalunya tuan cari kopi. Bila tuan nak tenangkan fikiran, tuan cari teh. Bila tuan mengantuk, tuan cari milo. Bila tuan lapar, tapi tak nak makan tuan pun mintak orang bancuh Oligo. Kan?"

Terdiam terus Tuan Harun bila dengar Wawa jawab begitu. Semuanya tepat.

"Nah, kopi tuan. Pergilah duduk minum. Tak elok minum berdiri. Saya letak atas meja tau. Sekarang saya kena pergi kemas bilik empat." Wawa letak kopi atas meja pulau. Sempat tersenyum manis pada Tuan Harun sebelum berlalu pergi. Dia tak nak duduk lama-lama dengan Tuan Harun. Bahaya. Dahlah Tuan Harun tenung dia. Menakutkan.

Wawa pergi kemas bilik empat. Vakum karpet dan lap kabinet. Basuh cadar. Dia memang bersihkan bilik ni macam kemas bilik hotel. Siap kemas bilik itu, dia pun keluar. Lagi sekali dia dikejutkan dengan Tuan Harun yang masih berbaju kerja di tepi pintu bilik empat.

"Tuan?" Wawa hampir melatah.

Tuan Harun tersedar dari menungnya.

"Tuan buat apa dekat sini? Kenapa tak tukar baju lagi? Dahlah tak mandi lagi. Pergilah mandi. Dah nak maghrib ni."

Tuan Harun senyap.

"Tuan? Tuan ok tak ni?" Wawa mula risau bila Tuan Harun tak cakap apa-apa.

"Kenapa? Tuan marah saya ke? Saya ada buat salah ke?" Wawa gelabah.

"Tuan, saya tak maksudkan apa-apa pun. Cuma tuan kena tukar baju dah sekarang. Nanti saya nak basuh baju. Kemeja tuan tu kena basuh. Kalau tuan tak nak mandi pun, tuan tukarlah baju lebih selesa. Ok tuan? Boleh kan?"

"Tuan?"

"Tuan?"

Wawa mula seram sejuk bila Tuan Harun tak cakap apa-apa. Spontan dia telan liur. Lagi-lagi bila Tuan Harun hanya merenung dia dari tadi.

"Aaa saya turun dululah. Tuan mandi tau. Busuk dah!" Wawa ketawa menutup gementar. Dia angkat vakum untuk dibawa turun. Terus melangkah hendak ke tangga.

"Kahwin dengan saya."

Langkah Wawa terhenti.

"Wawa, please." Bunyi nafas ditarik sukar. "Saya betul-betul perlukan awak."

"So, tolong kahwin dengan saya."

Wawa tak bergerak. Membatu di atas tangga.

"Isteri saya tak pernah layan saya macam ni. Tapi awak, awak layan saya dengan sepenuh hati. Saya.." Suara itu bergetar. "Saya tak dapat tahan lagi perasaan ni. Saya nak jadikan awak isteri saya."

Wawa ketap bibir yang mula bergetar.

"Tolong Wawa.. Jadi isteri saya."

Wawa tarik nafas dalam-dalam. Dia kemudian melangkah turun dari atas. Tidak mempedulikan langsung Tuan Harun.

Sekarang, dia baru faham kenapa dia rasa tak sedap hati sangat.

Rupanya hari ini, dia dilamar suami orang.

.
.
.

Bersambung..


Comments

Popular posts from this blog

Kisah Sofea

  Sofea ingat lagi, waktu itu dia sedang sibuk mengusahakan spa miliknya di Sungai Buloh. Dia masih bujang dan masih seorang gadis yang hanya tahu hidup bebas. Namun, dia bukanlah gadis liar. Dia cuma hidup seperti gadis biasa yang bekerjaya. Suka membeli-belah. Suka ke salon. Selalu menjaga kecantikan wajah. Tak hairanlah dia nampak sentiasa cantik dan elegan.  Namun, tiba-tiba papa menyuruhnya berkahwin dengan seorang lelaki entah dari mana. Papa kata lelaki itu anak kawan papa. Bagi Sofea, bila dia dengar sahaja suruhan itu dia ketawa. Sebab apa yang berlaku ini sudah seperti drama pukul tujuh. Kahwin paksa? Yes.  Tapi dia tak terus bantah bila papa suruh jumpa dahulu lelaki itu. Baginya, papa tak mungkin nak kahwinkan dia dengan lelaki entah dari ceruk mana. Pastinya lelaki itu pun bukan sebarangan lelaki.  Kali pertama jumpa lelaki bernama Harun itu, perkara paling awal masuk dalam kepala Sofea ialah Harun seorang yang tampan dan segak! Buat dia bersinar-sinar mata melihat lelaki

Uwais Al-Hibri

Dua puluh tujuh tahun bukanlah waktu yang singkat. Dalam dua puluh tujuh tahun pelbagai perkara boleh berlaku. Kelahiran. Kematian. Bencana. Perubahan. Berbagai-bagai rencah pahit dan manis. Dan tiada siapa mampu mengumpulkan kisah di sebalik dua puluh tujuh tahun yang sungguh panjang ini.  Dia sudah turun dari untanya. Merenung lama pada kota yang sudah hampir tiga dekad dia tinggalkan. Nampaknya kota ini sudah semakin maju. Ternampak jelas sebuah kubah masjid yang sangat besar di tengah-tengah kota tersebut. Sebelum ini, masjid itu hanya kecil dan sederhana.  Tali unta ditarik. Memimpin bersama memasuki kota. Seluruh jiwanya diserbu rindu sebaik kakinya menapak tanah airnya ini. Beberapa penduduk ada yang menegurnya namun dia tahu, tiada siapa mengenalinya. Wajahnya sudah semakin tua. Tidak lagi gagah perkasa seperti dulu. Maka dia hanya mampu lemparkan senyuman pada penduduk yang rata-rata berwajah baru itu.  Dia masih ingat kedudukan kota ini, setiap jalannya dan setiap rumahnya. C

Kisah Harun

  Tak semua perkahwinan itu bahagia. Bila pasangan kedua-duanya sibuk dengan kerja tanpa ada sesiapa cuba bertolak ansur untuk memberi ruang waktu bersembang - akhirnya pernikahan itu hanya tinggal menetap dalam sebuah rumah dan hanya berkongsi bumbung yang sama. Bersua muka jarang sekali. Saling berbalas senyuman pun hanya setahun sekali. Hendak bersembang? Jangan diharap. Itulah hubungan antara dia dan Sofea sejak hotelnya makin membangun dan spa Sofea makin dikenali ramai. Dua-dua sibuk. Dua-dua tak ada masa untuk duduk rumah. Rumah besar dan mewah itu hanya tinggal perhiasan. Langsung tidak dihargai mereka berdua. Apatah lagi Sofea yang ada rumah sendiri berdekatan spanya. Memang tidak mungkin wanita itu akan balik pada hari biasa. Selalunya Harun akan sendirian sahaja di malam hari di rumah ini. Harun dah biasa. Makan sendirian. Tidur  sendirian. Tonton tv sendirian. Semua itu jadi rutin untuknya. Sofea hanya balik rumah ini pada hujung minggu. Itupun belum tentu. Selalunya